Thursday, June 15, 2017

Emas simpanan masa depan

Kenapa nak simpan emas? Nanti nak buat APA dengan emas?

Emas ini dulunya duit Dan dibuat urusan jual beli. Dan emas masih lagi duit kerana ia bernilai sepanjang zaman. Kata kata 1 dinar emas boleh beli seekor kambing tetap relevant dari zaman Arab dulu dulu sampai sekarang. Kawan saya seorang penternak emas pun cakap akan terima duit dinar emas jika saya mahu membeli kambing darinya.

Ada duit lebih kita simpan. Salah satu caranya dalam bentuk simpanan emas. Kenapa? Kerana emas ini kalis inflasi. Maksudnya tak sama macam duit kertas yang dimamah inflasi. Kalau dulu telur ayam 5 biji seringgit, hari ini 5 biji sudah rm2.

Kita simpan saja satu / dua gram sebulan. Mana tahu simpanan kita tu berguna waktu 10/ 20 tahun lagi bila anak nak masuk universiti, kita sendiri nak pergi buat Haji atau umrah di mekkah. Masa tu tukarkan sahaja emas yang kita ada kepada nilai ringgit. Kebaikan emas ini ianya senang untuk dicairkan samada kita jualnya atau kita boleh gadaikan/ arrahnukan di mana mana pusat gadaian Islam/ arrahnu yang bercambah bagaimana cendawan di Malaysia.

Yang penting, bukan APA nak buat dengan emas, sebab emas itu juga duit. Paling penting, kita kena menabung untuk masa depan yang mencabar.

Dramin ismail
Dealer Public gold
Pg021655
Whatsapp 0199440272

No comments:

Post a Comment