Friday, October 13, 2017

Simpanan 3 bulan gaji

Pelajaran kewangan

Cara nak cepat dapat kumpul duit kecemasan 3 bulan gaji

1. Buka Akaun khusus
- hanya untuk mengumpul duit kecemasan
- seperti Akaun Tabung Haji, Akaun ASB, ASB 2, ASN
- jangan ada kad debit yang memudahkan pengeluaran dari Akaun ini

2. Tolak siap siap 10 % dari gaji BERSIH
- jika gaji bersih kita rm1000 sebulan, tolak siap siap rm100.
- ingat dalam minda, tanam betul betul bahawa gaji kita Sebenar hanyalah rm900

3. Lupakan kekasih yang dicintai
- anggaplah duit kecemasan kita adalah kekasih yang mesti kita lupakan
- kita hanya ingat pada kekasih hati ini apabila betul betul tengah pokai, desperate nak duit
- masa nikah kita ingat bahawa dulu kita ada kekasih yang dilupakn

4. Auto debit
- paling senang, buat auto debit
- adjust dengan bahagian gaji dn bnk berkenaan ga4 masuk saja gaji, terus ditolak 10% ke Akaun kecemasan

Kenapa pakar letak 3bulan gaji? Sebab jika kita diberhentikan kerja dalam masa terdekat kita mampu untuk hidup dalam 3 bulan mendatang sebelum masuk gaji baru

Akhirnya, selamat berjaya.

Dr Amin ismail

Saturday, September 30, 2017

Emas Dan ASB

Ada beza simpanan ASB Dan simpanan emas

Simpanan ASB, setiap tahun ada dividen/ bonus sekitar 6-7% setahun. So kalau duit kita ada RM 1000 dalam asb, cukup setahun dapat LA rm70. Itu dah dikira bagus sebab kita tak buat APA apapun dah dapat rm70 free free

Simpanan emas pula lebih kepada wealth protection. Emas protect nilaian harta kita kerana emas kalis inflasi. Contoh mudah seekor kambing zaman sahabat Nabi boleh dibeli dengan satu dinar, harini pun satu dinar yang sekitar rm700 tetap boleh beli seekor kambing.

Apa maknanya, emas ni menjaga nilai harta kita.

So kedua dua simpanan samada emas atau asb sama penting.

Kita simpan kedua duanya .

Dr Amin ismail
Dealer Public gold
Pg021655

Thursday, June 15, 2017

Emas simpanan masa depan

Kenapa nak simpan emas? Nanti nak buat APA dengan emas?

Emas ini dulunya duit Dan dibuat urusan jual beli. Dan emas masih lagi duit kerana ia bernilai sepanjang zaman. Kata kata 1 dinar emas boleh beli seekor kambing tetap relevant dari zaman Arab dulu dulu sampai sekarang. Kawan saya seorang penternak emas pun cakap akan terima duit dinar emas jika saya mahu membeli kambing darinya.

Ada duit lebih kita simpan. Salah satu caranya dalam bentuk simpanan emas. Kenapa? Kerana emas ini kalis inflasi. Maksudnya tak sama macam duit kertas yang dimamah inflasi. Kalau dulu telur ayam 5 biji seringgit, hari ini 5 biji sudah rm2.

Kita simpan saja satu / dua gram sebulan. Mana tahu simpanan kita tu berguna waktu 10/ 20 tahun lagi bila anak nak masuk universiti, kita sendiri nak pergi buat Haji atau umrah di mekkah. Masa tu tukarkan sahaja emas yang kita ada kepada nilai ringgit. Kebaikan emas ini ianya senang untuk dicairkan samada kita jualnya atau kita boleh gadaikan/ arrahnukan di mana mana pusat gadaian Islam/ arrahnu yang bercambah bagaimana cendawan di Malaysia.

Yang penting, bukan APA nak buat dengan emas, sebab emas itu juga duit. Paling penting, kita kena menabung untuk masa depan yang mencabar.

Dramin ismail
Dealer Public gold
Pg021655
Whatsapp 0199440272

Tuesday, May 16, 2017

AMANAH saham

Hari ni belajar 1 perkara tentang kewangan.

Saya pergi ke ASNB  untuk urusan pengeluaran duit. saya mahu keluarkan dari AMANAH saham nasional ( ASN), tapi dinasihatkan agar tidak buat pengeluaran kerana tempoh matang 3 tahun belum tercapai. Ini kerana saham ASN tidak tetap Dan berubah mengikut pasaran berbanding saham di ASB Dan ASB 2 yang tetap pada kadar rm 1/ unit.

Hasilnya, pengeluaran dibuat pada ASB 2. Terima kasih staff ASNB diatas nasihat yang baik.

Dr Amin ismail
Dealer Public gold
Pg 021655

Tuesday, May 9, 2017

Simpanan perjalanan

Belajar kewangan.

Selain dari simpanan kecemasan sejumlah 10% gaji, kita juga boleh pelbagai kan simpanan kita. Salah satunya simpanan umrah/ Haji ataupun simpanan melancong. Letakkan target kita kemana mahu pelancong.

Jika ingin membuat umrah, berapa target wang yang perlu ada untuk ke mekah Dan bila mahu cukupkannya, sebaiknya bagi jangka masa yang solid seperti dalam masa satu tahun kita mesti xukupkan duit untuk buat umrah

Rasanya, cara ini lagi berbaloi. ;)

Simpanan kecemasan

Apa pentingnya simpanan kecemasan pada anak muda

1. Hati rasa tenang bila tayar kereta pecah

2. Weekend boleh ajak bini candle light dinner

3. Nak beli cincin tunang takkan minta dengan emak

4. Suka hati boleh sedekah kat masjid waktu solat jumaat.

Macamana nak ada simpanan 3 bulan gaji? Senang saja, 10% dari gaji simpan dulu. Membeli kemudian

Dr Amin ismail
Dealer Public gold
Pg 021655

Wednesday, May 3, 2017

Simpanan kecemasan

Apa pentingnya simpanan kecemasan pada anak muda

1. Hati rasa tenang bila tayar kereta pecah

2. Weekend boleh ajak bini candle light dinner

3. Nak beli cincin tunang takkan minta dengan emak

4. Suka hati boleh sedekah kat masjid waktu solat jumaat.

Macamana nak ada simpanan 3 bulan gaji? Senang saja, 10% dari gaji simpan dulu. Membeli kemudian

Dr Amin ismail
Dealer Public gold
Pg 021655

Saturday, April 8, 2017

Simpanan emas fizikal GAP Public Gold.

Simpanan emas fizikal GAP Public Gold. Kebaikan menyimpan 1 gram emas sebulan. Impian kita untuk simpanan anak masuk universiti bermula dari umur satu tahun ke 18 tahun

Andaikan 1 gram sebulan ,cukup setahun sudah bernilai 12 gram. Apabila menjejak umur 18, kita sudah mempunyai emas seberat 216 g untuk simpanan anak masuk universiti.

Jika pada hari ini 1 gram emas Public Gold berbuka rm 192/ g, 216 g x 192 :  RM41, 472.

Besar kemungkinan pada 18 tahun dari sekarang harga 1 gram emas bukan lagi rm 192/g. Itu sudah satu kelebihan kepada nilaian harta kita.

Ada orang nampak rm192/ g ini mahal padahal hari hari shopping di aeon Dan tesco. Pernah dulu orang kata harga emas rm 130 itu mahal, tapi sekarang ini harga emas rm130 sudah menjadi satu sejarah

Emas tetap emas. Kualiti nya sama dari zaman nabi, sahabat sehingga sekarang. 1 dinar emas tetap 4.42 g Dan masih berharga seekor kambing sehingga sekarang

Anak muda menyimpan harta yang bertambah nilainya.

Dr Amin ismail
Pg 021655
Dealer Public gold