Friday, October 13, 2017

Simpanan 3 bulan gaji

Pelajaran kewangan

Cara nak cepat dapat kumpul duit kecemasan 3 bulan gaji

1. Buka Akaun khusus
- hanya untuk mengumpul duit kecemasan
- seperti Akaun Tabung Haji, Akaun ASB, ASB 2, ASN
- jangan ada kad debit yang memudahkan pengeluaran dari Akaun ini

2. Tolak siap siap 10 % dari gaji BERSIH
- jika gaji bersih kita rm1000 sebulan, tolak siap siap rm100.
- ingat dalam minda, tanam betul betul bahawa gaji kita Sebenar hanyalah rm900

3. Lupakan kekasih yang dicintai
- anggaplah duit kecemasan kita adalah kekasih yang mesti kita lupakan
- kita hanya ingat pada kekasih hati ini apabila betul betul tengah pokai, desperate nak duit
- masa nikah kita ingat bahawa dulu kita ada kekasih yang dilupakn

4. Auto debit
- paling senang, buat auto debit
- adjust dengan bahagian gaji dn bnk berkenaan ga4 masuk saja gaji, terus ditolak 10% ke Akaun kecemasan

Kenapa pakar letak 3bulan gaji? Sebab jika kita diberhentikan kerja dalam masa terdekat kita mampu untuk hidup dalam 3 bulan mendatang sebelum masuk gaji baru

Akhirnya, selamat berjaya.

Dr Amin ismail