Sunday, January 28, 2018

Penyimpan emas

#Pelajarankewangan
A gold saver ( Penyimpan emas) menyimpan walau 1 gram sebulan tetapi konsisten

Friday, October 13, 2017

Simpanan 3 bulan gaji

Pelajaran kewangan

Cara nak cepat dapat kumpul duit kecemasan 3 bulan gaji

1. Buka Akaun khusus
- hanya untuk mengumpul duit kecemasan
- seperti Akaun Tabung Haji, Akaun ASB, ASB 2, ASN
- jangan ada kad debit yang memudahkan pengeluaran dari Akaun ini

2. Tolak siap siap 10 % dari gaji BERSIH
- jika gaji bersih kita rm1000 sebulan, tolak siap siap rm100.
- ingat dalam minda, tanam betul betul bahawa gaji kita Sebenar hanyalah rm900

3. Lupakan kekasih yang dicintai
- anggaplah duit kecemasan kita adalah kekasih yang mesti kita lupakan
- kita hanya ingat pada kekasih hati ini apabila betul betul tengah pokai, desperate nak duit
- masa nikah kita ingat bahawa dulu kita ada kekasih yang dilupakn

4. Auto debit
- paling senang, buat auto debit
- adjust dengan bahagian gaji dn bnk berkenaan ga4 masuk saja gaji, terus ditolak 10% ke Akaun kecemasan

Kenapa pakar letak 3bulan gaji? Sebab jika kita diberhentikan kerja dalam masa terdekat kita mampu untuk hidup dalam 3 bulan mendatang sebelum masuk gaji baru

Akhirnya, selamat berjaya.

Dr Amin ismail

Saturday, September 30, 2017

Emas Dan ASB

Ada beza simpanan ASB Dan simpanan emas

Simpanan ASB, setiap tahun ada dividen/ bonus sekitar 6-7% setahun. So kalau duit kita ada RM 1000 dalam asb, cukup setahun dapat LA rm70. Itu dah dikira bagus sebab kita tak buat APA apapun dah dapat rm70 free free

Simpanan emas pula lebih kepada wealth protection. Emas protect nilaian harta kita kerana emas kalis inflasi. Contoh mudah seekor kambing zaman sahabat Nabi boleh dibeli dengan satu dinar, harini pun satu dinar yang sekitar rm700 tetap boleh beli seekor kambing.

Apa maknanya, emas ni menjaga nilai harta kita.

So kedua dua simpanan samada emas atau asb sama penting.

Kita simpan kedua duanya .

Dr Amin ismail
Dealer Public gold
Pg021655

Thursday, June 15, 2017

Emas simpanan masa depan

Kenapa nak simpan emas? Nanti nak buat APA dengan emas?

Emas ini dulunya duit Dan dibuat urusan jual beli. Dan emas masih lagi duit kerana ia bernilai sepanjang zaman. Kata kata 1 dinar emas boleh beli seekor kambing tetap relevant dari zaman Arab dulu dulu sampai sekarang. Kawan saya seorang penternak emas pun cakap akan terima duit dinar emas jika saya mahu membeli kambing darinya.

Ada duit lebih kita simpan. Salah satu caranya dalam bentuk simpanan emas. Kenapa? Kerana emas ini kalis inflasi. Maksudnya tak sama macam duit kertas yang dimamah inflasi. Kalau dulu telur ayam 5 biji seringgit, hari ini 5 biji sudah rm2.

Kita simpan saja satu / dua gram sebulan. Mana tahu simpanan kita tu berguna waktu 10/ 20 tahun lagi bila anak nak masuk universiti, kita sendiri nak pergi buat Haji atau umrah di mekkah. Masa tu tukarkan sahaja emas yang kita ada kepada nilai ringgit. Kebaikan emas ini ianya senang untuk dicairkan samada kita jualnya atau kita boleh gadaikan/ arrahnukan di mana mana pusat gadaian Islam/ arrahnu yang bercambah bagaimana cendawan di Malaysia.

Yang penting, bukan APA nak buat dengan emas, sebab emas itu juga duit. Paling penting, kita kena menabung untuk masa depan yang mencabar.

Dramin ismail
Dealer Public gold
Pg021655
Whatsapp 0199440272

Tuesday, May 16, 2017

AMANAH saham

Hari ni belajar 1 perkara tentang kewangan.

Saya pergi ke ASNB  untuk urusan pengeluaran duit. saya mahu keluarkan dari AMANAH saham nasional ( ASN), tapi dinasihatkan agar tidak buat pengeluaran kerana tempoh matang 3 tahun belum tercapai. Ini kerana saham ASN tidak tetap Dan berubah mengikut pasaran berbanding saham di ASB Dan ASB 2 yang tetap pada kadar rm 1/ unit.

Hasilnya, pengeluaran dibuat pada ASB 2. Terima kasih staff ASNB diatas nasihat yang baik.

Dr Amin ismail
Dealer Public gold
Pg 021655

Tuesday, May 9, 2017

Simpanan perjalanan

Belajar kewangan.

Selain dari simpanan kecemasan sejumlah 10% gaji, kita juga boleh pelbagai kan simpanan kita. Salah satunya simpanan umrah/ Haji ataupun simpanan melancong. Letakkan target kita kemana mahu pelancong.

Jika ingin membuat umrah, berapa target wang yang perlu ada untuk ke mekah Dan bila mahu cukupkannya, sebaiknya bagi jangka masa yang solid seperti dalam masa satu tahun kita mesti xukupkan duit untuk buat umrah

Rasanya, cara ini lagi berbaloi. ;)